Isnin, 29 April 2013

Persediaan Mengajar






PENGAJARAN MAKRO
Rancangan Pengajaran Harian Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Masteri.

Mata pelajaran :Bahasa Malaysia
Tarikh              : 10 Mac 2013
Masa                : 60 minit
Tahun              : 5 Bijaksana
Bilangan murid: 20 orang
Tema               : Alam Bersih Hidup Sihat
 Tajuk              : Pencemaran alam

Hasil pembelajaran:
 Fokus utama:            5.2- Aras 2 (i)
                                   - Membaca teks prosa dan puisi dengan sebutan      
                                     dan intonasi yang betul  dan lancar serta memahami
                                    perkara yang dibaca.
                       
                                  Fokus sampingan: 10.1-Aras 3 (i)
                           – Menghasilkan penulisan prosa secara terancang, tertib dan
                              kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan 
                              menarik.

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1-    Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2-    Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca dengan tepat.
3-    Menghasilkan penulisan dengan menggunakan pengolahan isi yang tepat dan menarik.
Sistem bahasa:
            Tatabahasa: sintaksis- susunan ayat      Sebutan dan intonasi
           
PengisianKurikulum:
            Ilmu – Pendidikan sivik
            Nilai – Kepatuhaan, Kerjasama, Berdikari
            Teknik – Perbincangan kumpulan, bacaan mekanis,
            Kemahiran berfikir – menjana idea
            Pembelajaran Kontruktivisme – Bina pemahaman dan
            pengetahuanberdasarkan pengetahuan sedia ada

Bahan bantu mengajar :
            Kotak hikmat, teks pantun, lembaran kerja, petikan KBKK, kertas sebak,
            pen marker
Pengetahuan sedia ada:
Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi menerusi media cetak atau elektronik.  Alam semulajadi sesuatu yang rapat dengan murid-murid.

Langkah/
Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 Minit)

1- Kad-kad 
    perkataan yang
    mengandungi   
    kata
    kunci-kata kunci.

i-  Pembakaran  
     terbuka
ii- Pembuangan sisa  
     toksid ke dalam  
     sungai
iii-Bukit diratakan
iv-Penerokaan hutan  
     tanpa kawalan
v-  Pelepasan asap
     tanpa kawalan

Aktiviti Guru

1-      Guru mengarahkan beberapa orang murid membuat cabutan kad-kad yang pengandungi kata-kata kunci.
2-      Guru dan murid membacakan apa yang tertulis pada kad.
3-      Guru bersoaljawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan yang terdapat pada kad-kad kata kunci.
4-      Guru mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.

Aktiviti murid

1-    Murid membuat cabutan kad-kad kata kunci.
2-    Bersama guru membacakan kad-kad kata kunci.
3-    Bersoaljawab bersama guru.
4-    Mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.
BBM – Kotak hikmat , kad-kad yang mengandungi kata kunci

Nilai : Menghargai

KBT:
1)    Sivik, kinestetik
2)    Kemahiran teknologi maklumat

Langkah 1
( 10Minit)

Kemahiran membaca petikan puisi (Pantun), “ Pantun Sayangi Alam” mengikut sebutan dan intonasi yang betul.

Aktiviti guru

1-      Membaca pantun mengikut intonasi, sebutan dan gaya yang betul.
2-      Menyuruh murid membaca pantun mengikut sebutan, bahasa, intonasi dan gaya yang sesuai secara individu / rawak.
3-      Guru membimbing dan memperbetulkan kesilapan,

Aktiviti murid.

1-    Mendengar pantun yang dibaca oleh guru
2-    Murid meneliti pantun yang ingin diajar oleh guru.
3-    Beberapa orang murid terpilih akan membaca pantun mengikut sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai.

BBM: Teks pantun

Teknik: Bacaan mekanis

Nilai : Menghargai

KBT : Kecerdasan pelbagai, verbal-linguistik.Intrapersonal

Langkah 2
( 15Minit)

Perbincangan kumpulan. Mengenalpasti maklumat penting yang terdapat dalam petikan pantun

Aktiviti guru

1-    Guru  mengarahkan murid-murid mencari maklumat penting yang terdapat dalam setiap rangkap pantun.
2-    Guru mengedarkan kertas sebak dan pen maker kepada setiap kumpulan.
3-    Guru meminta setiap kumpulan menulis maklumat perting yang terdapat dalam petikan pantun tersebut.
4-    Mengarahkan setiap kumpulan membentangkan hasilan kumpulan masing-masing.



Aktiviti murid

1-    Dalam kumpulan, murid berbincang untuk mencari maklumat penting yang terdapat dalam setiap rangkap pantun.
2-    Wakil setiap kumpulan membentangkan hasilan kumpulan masing- masing.

BBM: Kertas 
           sebak, pen
           Maker

Nilai: Bekerjasama

Teknik; Perbincangan
             Kumpulan

KBT: 1- Kemahiran berfikir. Kemahiran belajar

Langkah 3
(15 minit)

Kemahiran berfikir kreatif dan kritis.

Aktiviti guru

1-    Dalam kumpulan yang yang sama, satu lembaran kertas yang  mengandungi soalan KBKK akan diedarkan oleh guru.
2-    Meminta murid berbincang dan melakukan pembentangan.

Aktiviti murid

1-    Berbincang soalan KBKK yang diberi.
2-    Melakukan pembentangan.


BBM: Lembaran         
           kertas
           KBKK

Nilai : Menghargai

Teknik: Perbincangan

KBT: 1- Kemahiran
              Berfikir (        
             Menjana idea)
3-    Kemahiran belajar cara belajar

Langkah 4
(15 Minit )

Penghasilan karangan tidak berformat. Karangan jenis tindakan.

Aktiviti guru

1-    Guru mengutarakan tajuk karangan jenis tindakan.
2-    Guru meminta setiap murid menghasilkan rangka karangan sambil dipantau oleh guru.
3-    Guru meminta setiap murid menghasilkan karangan jenis tindakan berdasarkan rangka karangan yang telah dibuat dengan pemantauan guru.

Aktiviti murid

1-    Murid menghasilkan rangka karangan yang telah diberi oleh guru.
2-    Menghasilkan karangan berdasarkan rangka karangan yang  telah  dibuat.

BBM: Buku penulisan

Nilai : Menghargai

KBT:
1-    Pembelajaran konstruktivisme


Penutup
( 3 Minit)

Rumusan pengajaran.

Rumusan kognitif dan social

Aktiviti guru

1-    Bersoaljawab dengan murid mengenai apa yang diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
2-    Merumuskan apa yang diperolehi sepanjang berlansungnya  proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti murid

1-    Bersoaljawab dengan guru mengenai apa yang diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
2-    Mendengar rumusan yang dibuat oleh guru

BBM: Radio dan CD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan