Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B dan C atau
empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul.
Pilih ayat yang betul.
1. I Saya berasal daripada Kajang, Awak
pula?
II Ayah akan bermesyuarat di
Johor Bahru pada minggu depan.
III Oleh sebab hari hujan, adik tidak
dapat bermain di luar.
IV Setengah kanak-kanak sangat takut
untuk mendapatkan rawatan pergigian.
A I dan II
sahaja B II
dan III sahaja
C I, II dan III
sahaja D I,
II, III dan IV
2. I Pelbagai juadah disediakan di majlis
berbuka itu.
II Sebahagian daripada peserta
kursus itu berbangsa Cina.
III Sila serahkan buku ini ke Cikgu
Musalmah dengan segera.
IV Semua guru-guru diwajibkan memakai
pakaian batik pada setiap awal bulan.
A I dan II sahaja
B I,
III dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I,
II, III dan IV
3. I Aduh, luka di kakiku berdarah semula!
II Eh, buku-buku ini bukan
kepunyaan saya!
III Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa
ini?
IV Wah, banyak sungguh simpanan awak di
dalam bank!
A I dan II
sahaja B I,
II dan III sahaja
C I, II, dan IV
sahaja D I,
II, III dan IV
4. I Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan
tidak mengganggu saya.
II Ayah mengirimkan sejambak bunga
kepada ibu melalui pembantu pejabatnya.
III Surat yang berkajang-kajang itu
ditulis oleh kakak kepada tunangannya di luar
negara.
IV Restoran Seri Anjung menyediakan
berbagai-bagai juadah untuk dinikmati oleh
para pengunjung.
A I dan III sahaja
B II
dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I,
II, III dan IV
5. I Murali lebih tinggi daripada
adik-beradiknya yang lain.
II Ibu sangat rindu akan abang yang
berada di luar negara.
III Daripada kamu asyik bermain lebih
baik mengulang kaji pelajaran.
IV Saya dan abang tiba di sekolah lebih
awal daripada murid-murid yang lain.
A I, III dan IV
sahaja
B I,
II dan III sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
6. Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan
berteknologi tinggi,” Tanya
Adam kepada lelaki itu.
A Buat B Buatan
C Pembuat
D Pembuatan
7. Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival
Pendidikan Sains dan
Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005.
A bertanding
B ditandingi
C menandingi
D dipertandingkan
8. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan
mengetuai perbarisan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.
A ura-ura B usul-usul
C desas-desus
9. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis
Perbandaran Jitra itu_______ .
A corat-coret B kusut-masai
C compang-camping
10. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya
berlangsung
dalam suasana ______ .
A huru-hara
B hingar-bingar
C gilang-gemilang D terang-benderang
11. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu.
A dipapah B diusung
C dikendong
12. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh
pengacara majlis.
A muncul
B terpa
C terbit
D tampil
13. Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke
pentas untuk menyampaikan
ucapan,” kata pengacara
majlis.
A mengajak
B menampilkan
C mengundang D mempersilakan
14. Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah
disahkan meninggal
dunia.
A terkepit
B tersungkur
C terselit
D terperosok
15. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung
mendapat pujian
daripada wakil rakyat.
A pertunjukan B penunjukan
C ditunjukkan D menunjukkan
16. Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu
mengambil masa selama
A keluaran B pengeluaran
C mengeluari D dikeluarkan
17. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ ,
namun, mereka tidak
pernah mengharapkan bantuan
orang lain.
A jauh bau bunga, dekat
bau tahi
B enggang sama enggang,
pipit sama pipit
C kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang
D berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul
18. Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah,
bak kata pepatah______ ,” pujuk Rima
kepada Raimi.
A kalah jadi arang,
menang jadi abu
B biar putih tulang,
jangan putih mata
C berani kerana benar,
takut kerana salah
19. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan
diri sendiri, bak kata
pepatah ______ ,” kata ibu.
A di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan
B di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung
C ingat sebelum kena,
berjimat sebelum habis
D kerana pulut santan
binasa, kerana mulut badan binasa
20. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan
budak-budak nakal
di kampung ini. Malangnya,
abang menerima teguran itu sekadar ______.
A masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri
B diam-diam ubi berisi,
diam-diam besi berkarat
C buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali
D banyak udang banyak
garam,banyak orang banyak ragam
21. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu
mempersilakan tetamunya minum.
A menatang B menjinjing
C memegang
22. Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar
mengkuang semasa melawat
ke Kompleks Kraf Kuala
Lumpur.
A menekat
B menenun
C menganyam
D menyusun
23. Pilih ayat yang betul.
I. Hai! Apa
khabar!
II. Wah, pergi engkau
dari sini!
III. Syabas, kamu berjaya
akhirnya!
IV. Amboi, cantiknya pakaian
kamu ini!
A I dan II sahaja
B III
dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I,
II, III dan IV
24. Pilih ayat yang betul.
I. Aduh, senaknya
perutku ini!
II. Eh, mengapa kamu
tidak masuk!
III. Aduhai, malang sungguh
nasib Pak Kaduk!
IV. Wah, pandainya sahabat
kamu berbahasa Tamil!
A I dan II sahaja
B III
dan IV sahaja
C I, III dan IV
sahaja D I,
II, III dan IV
25. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan
ikannya, dia tidak
______ mengeluh.
A harus B mahu
C pernah D hendak
26. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini ______
membuahkan hasil
yang lumayan.
A telah
B dapat
C pernah
D hendak
27. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu ______
bekerja walaupun hari telah
beransur senja.
A telah
B belum
C sudah
D masih
28. Saya bercita-cita ______ melanjutkan pelajaran dalam
bidang Sains Pertanian
di Universiti Putra Malaysia.
A telah
B pernah
C hendak
D sedang
29. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah
tersesat.
A mati
kutu B mati
akal
C cari
jalan D jalan
tengah
30. Ayah selalu menasihati kami agar tidak ______ apabila
telah berjaya kelak.
A lupa diri
B patah
hati
C busuk hati
D patah
kandar
31. Kita janganlah mengikut ______ supaya tidak menyesal
pada kemudian hari.
A darah
raja
B darah
muda
C darah manis
32. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______.
Beliau selalu menghulurkan
bantuan.
A keras
hati B berat
hati
C panas
hati D murah
hati
33. Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain.
Suaminya pula lebih
dikenali sebagai ______
kerana sikap kedekutnya.
A isi hati … isi
perut B baik
hati … tangkai jering
C hati batu … batu loncatan
D ringan tangan … tangkai jering
34. Biasanya, orang yang ______ akan disenangi oleh sesiapa
pun, manakala orang
yang ______ akan dibenci.
A iri hati … senang hati B baik
hati … hidung tinggi
C berat tulang ... ringan
tulang
D mulut murai … kera sumbang
35. Walaupun hidup ______ , Mak Cik Eton tidak pernah
menyusahkan sesiapa.
A makan suap
B sebatang
kara
C sehelai sepinggang
D setahun
jagung
36. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______ kerana tidak
pernah berenggang.
A bagai kertas dengan
dakwat B bagai
tikus membaiki labu
C bagai isi dengan kuku
37. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat
tanda harga dan______
barangan yang dibeli daripada pihak
penjual.
A dijamin B terjamin
C jaminan D penjamin
38. Kita perlu berbelanja secara ______ dan tidak mengikut
perasaan.
A berada
B berkurangan
C berpandangan
D berjimat
cermat
39. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih
dahulu supaya tidak
berlakunya ______.
A pembazir B dibazirkan
C pembaziran D membazirkan
40. Peniaga ______ mempromosi barangan mereka untuk menarik
perhatian
pengguna.
A bersaing B bertanding
C berkeinginan
D berharapan
41. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat
cermat semasa berbelanja.
______ yang melebihi
pendapatan akan memudaratkan pengguna.
A Belanjaan B Belanjawan
C Perbelanjaan
42. Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . ___ __ __ , saya
perlu bersenam dan
mengamalkan pemakanan
seimbang.
A Oleh sebab
itu B Di
samping itu
C Namun begitu
D Semenjak
itu
43. Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di
negara kita. _______ , orang
ramai masih kurang kesedaran
tentang bahaya penyakit ini.
A Tambahan pula
B Lebih-lebih
lagi
C Namun demikian D Dalam
pada itu
44. Pencapaian sukan di Malaysia semakin meningkat. _______
, pihak kerajaan
sangat menitikberatkan
kebajikan para atletnya.
A Semenjak itu
B Tambahan pula
C Bagaimanapun
D Sungguhpun
demikian
45. Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat.
_______ , bersukan juga dapat
mengisi masa lapang dan
mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
A Selain
itu B Bagaimanapun
C Lantaran itu
46. Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang
dijalankan. _______ , kos
pembiayaannya yang
besar telah merumitkan keadaan.
A Dengan itu
B Selanjutnya
C Tambahan lagi
D Walau
bagaimanapun
47. Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. _______
, didikan agama kepada
anak-anak mestilah diterapkan
sejak kecil.
A Oleh itu
B Sebaliknya
C Tambahan pula
D Walaupun demikian
48. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _______ ,
48. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _______ ,
saya akan ke sana sempena
Pameran Buku Antarabangsa.
A Akhirnya
B Justeru
C Walaupun begitu
49. ______ kaum menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh
Persatuan Penduduk
Desa Harmoni.
A Segala B Pelbagai
C Seluruh
50 Sikap prihatin _ __ __ _ masyarakat telah
berjaya menumakan kegiatan
pembuangan sisa toksik
di kampung tersebut.
A segala
B separuh
C segelintir
D masing-masing
51. ______ kamu buang tin-tin minuman itu di merata-rata
tempat, lebih baik kamu
bawa ke pusat kitar semula
kampung kita ini,” nasihat Mak Lijah kepada anaknya.
A Dari B Pada
C Daripada
52. Kempen kesedaran ______ kebersihan dan pencemaran alam
sedang giat
dijalankan di seluruh negara.
A akan B terhadap
C tentang
53. Sejak ______ pagi tadi ______ sekarang, mereka
membersihkan kawasan
balairaya itu.
A pada …
ke B dari
… pada
C ke … sehingga
D dari
… hingga
54. ______ penduduk kampung diminta membawa peralatan
gotong-royong ______.
A Setiap …
seluruh B Seluruh
… sekalian
C Semua … masing-masing
D Beberapa … masing-masing
55. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor
______ Hospital Selayang.
A oleh … dari
B kepada
… di
C oleh … daripada
D dari
… daripada
56. ______ pandangan pegawai daerah, ceramah itu sangat
sesuai ______ penduduk
kampung.
A Pada …
dengan B Bagi
… terhadap
C Pada … untuk
D Untuk … kepada
57. ______ tunjukkan saya jalan yang paling dekat untuk ke
Masjid Negara,” pinta
pelancong itu kepada Amir.
A Sila B Mari
C Jangan
D Tolong
58. ______ letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di
lantai,” kata ayah kepada
Shamsul.
A Sila B Jangan
C Tolong
59. ______ kumpulkan buku terpakai yang telah kamu bawa di
sini,” pinta Cikgu Aziz
kepada murid-muridnya.
A Sila
B Minta
C Harap
D Jemput
60. Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai
raya. ______lah
beramai-ramai ke majlis ini,”
kata Azizah kepada kawan-kawannya.
A Sila B Harap
C Tolong
61. Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing
tersebut.
A pada B kepada
C daripada
62. Haikal menyampaikan pesanan ______ ayahnya ______
Jawatankuasa Persatuan
Penduduk Desa Harmoni.
A dari … pada
B oleh
… dengan
C dari … kepada
D daripada
… kepada
63. Ayah membeli sebuah beg bimbit yang diperbuat ______
kulit.
A daripada B dengan
C pada
64. Kelas 5 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana
murid-muridnya
______ menghias dan
membersihkan kelas mereka.
A rajin B cekap
C cepat
65. Cikgu berharap agar kamu menjalankan tugas dengan penuh
bertanggungjawab.Pastikan
kelas kita sentiasa ______ ,” kata Cikgu Zalina kepada
kami.
A suci B bersih
C indah
66. Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan
dan ketenangan
______ belajar.
A biarpun B sementara
C semasa
67. Kawasan yang indah dan bersih di sekolah tidak akan
wujud __ __ __ kita
bersama-sama menjaganya.
A bahkan B padahal
C sedangkan
D melainkan
68. _____ yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan
itu,” kata Amir kepada
kawan-kawannya sambil
menunjuk ke arah Saiful.
A Dia
B Anda
C Kami
D Mereka
69. Bapa Fah mi, Encik Harun ialah pensyarah di Univers iti
Putra Ma laysia. ______
seorang yang berdedikasi dan
sangat dihormati oleh pelajarnya.
A Dia B Kita
C Beliau
D Mereka
70. Nenek berharap agar ______ sentiasa menghormati orang
yang lebih tua,” pesan
Puan Mariam kepada
cucu-cucunya.
A kita
B anda
C kamu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan